HUKUM BERSUMPAH DENGAN MENGGUNAKAN MUSHAF AL QUR’AN DI ATAS KEPALA
Al-Qur’an ialah firman Allah (kalamullah) dan ia bukan
ciptaan (Allah). Firman Allah yang suci itu merupakan satu sifat dari
sifat-sifat-Nya. Al-Qur’an berfungsi
sebagai alat pengikat hati seseorang agar tidak lari menuju kebohongan. Sebagai
mana al-Qur’an berfungsi sebagai pagar yang akan menjaga seorang pejabat yang
telah diambil sumpahnya dalam koridor kebenaran. Begitulah I’anatut Thalibin menjelaskan
bahwa hal tersebut merupakan sebuah kesunnahan.
ومن التغليظ أن يوضع المصحف فى حجره
ويطلع له سورة براءة, ويقال له ضع يدك على ذلك ويقراء قوله تعالى "إن الذين
يشترون... الأية
Diantara tata-cara memberatkan sumpah ialah dengan meletakkan
mushaf di atas pangkuan dan di perlihatkan kepadanya surah Baro’ah lantas
dikatakan kepadanya “letakkan tanganmu pada mushaf” kemudian dibacakan
kepadanya ayat innalladzina yaystaruuna…”
Oleh kerana itu jumhur ulma, kecuali Abu Hanifah, berpendapat
boleh bersumpah dengan al-Qur’an dan sumpah itu menjadi sah. Sementara itu
tokoh Mazhab Hanafi yang mutakhir seperti Ibn al-Hamam dan al-Aini menguatkan
pendapat jumhur membolehkan sumpah dengan al-Qur’an. (Demikian kenyataan Wahbah
al-Zuhaili dalam) al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, jld. 3, ms. 379.
Seseorang yang bersumpah dengan mushaf al-Qur’an sementara yang
dia maksudkan ialah perkataan Allah yang tertulis dalam mushaf itu, maka ia
dibolehkan. Namun jika yang dia maksudkan ialah lembaran kertas yang tertulis
(atasnya ayat al-Qur’an), maka ia tidak dibolehkan. Dan Allah sahaja yang lebih
mengetahui.[Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 289-290]
Hal pertama yang harus kita fahami
adalah bahwa sumpah tidaklah di anggap sebagai sebuah sumpah yang benar menurut
syariat kecuali bersumpah dengan menggunakan nama Alloh atau sifat Alloh.Bersumpah dengan
Al Qur’an termasuk sumpah dengan kalam Alloh Ta’ala yang
mana itu termasuk salah satu sifat dari sifat-sifat Alloh Ta’ala, jika yang di maksudkan adalah dengan kalam atau
firman Alloh yang ada di dalamnya. Maka itu termasuk sumpah yang
masyru’ah (sesuai syariat). Namun jika yang di maksudkan adalah semata-mata
bersumpah dengan mushaf nya (kertas dan pena), dan bukan dengan kalam yang ada
di dalamnya maka ini termasuk sumpah dengan selain Alloh, dan ini termasuk
kesyirikan. Sebagaimana sabda Nabi Shalallohu ‘alaihi wa Sallam :
مَنْ حَلَفَ
بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ
“Barang siapa bersumpah dengan
selain Alloh maka ia telah berbuat syirik”. (HR Tirmidzi 1535, Abu Dawud 3251 dan di shahihkan oleh Syaikh Al
Albani di dalam Shahih Tirmidzi.
Oleh karenanya yang lebih utama adalah seseorang tidak bersumpah
dengan Mushaf Al Qur’an di karenakan di dalamnya ada dua
kemungkinan, ia bersumpah dengan kalam Alloh yang ada di dalamnya atau
semata-mata dengan mushaf nya, yaitu pena dan kertas yang ada di dalamnya. Dan
cara sumpah dengan meletakkan tangan di atas mushaf, atau dengan diangkat di
atas kepalanya sebagaimana yang lazim kita saksikan di Negeri ini adalah cara
sumpah yang tidak pernah di contohkan oleh Nabi Shalallohu
‘alaihi wa Sallam dan para sahabat beliau, bahkan
saat setelah mushaf itu di susun di dalam lembaran-lembaran seperti saat ini,
tidak pernah ada dari kalangan sahabat yang bersumpah dengan cara seperti
itu. Maka hal ini termasuk
perkara baru dalam agama yang di ada-adakan.
Meskipun tidak kita pungkiri bahwa
dalam salah satu putusan Majma’ Fiqih Islami (sebagaimana di nukil oleh Syaikh Shalih Munajjid
dalam salah satu fatwa beliau di sini)
membolehkan cara sumpah dengan meletakkan tangan di atas mushaf, jika memang
Hakim melihat itu bisa menjadikan orang yang bersumpah tidak
bermudah-mudahan melanggar sumpahnya.
Imam Nawawi
radhiyAllahu 'anhu dalam karyanya, Raudhah al-Tolibeen
menyatakan :
واستحب الشافعي رحمه الله أن يقرأ على الحالف " إن الذين يشترون بعهد الله وأيمانهم ثمناً قليلا " الآية وأن يحضر المصحف ويوضع في حجر الحالف
Artinya : Imam
Syafie rhm mensunatkan [supaya] dibaca kepada orang yang [akan] bersumpah [ayat
77 surah Ali Imran yang berbunyi] إن الذين
يشترون بعهد الله وأيمانهم ثمناً قليلا dan [mensunatkan supaya] dibawa
mushaf (al-Quran) dan diletakkan dalam dakapan orang yang [akan] bersumpah.
Ayat 77 surah Ali Imran secara lengkap berbunyi :
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbrçtIô±o ÏôgyèÎ/ «!$# öNÍkÈ]»yJ÷r&ur $YYyJrO ¸xÎ=s% Í´¯»s9'ré& w t,»n=yz öNßgs9 Îû ÍotÅzFy$# wur ãNßgßJÏk=x6ã ª!$# wur ãÝàZt öNÍkös9Î) tPöqt ÏpyJ»uÉ)ø9$# wur óOÎgÅe2tã óOßgs9ur ëU#xtã ÒOÏ9r& ÇÐÐÈ
Ringkasnya, menurut Imam Syafie r.a, dua perkara berikut sunat dilakukan terhadap orang yang akan melakukan sumpah :
1. Dibacakan kepadanya ayat 77 surah Ali Imran; dan
2. Diletakkan al-Quran dalam dakapannya.
Pengukuhan [sumpah dilakukan dengan] diletakkan mushaf dalam
dakapannya (orang yang mau bersumpah), dan dibuka kepadanya surah al-Bara'ah
(al-Taubah), dan dikatakan kepadanya, "letakkan tanganmu di atasnya (surah
al-Taubah)", dan dibaca [kepadanya] firman [Allah] ta'ala [dalam surah Ali
Imran, ayat 77 yang berbunyi] : إن الذين يشترون [hingga
akhir ayat].
Ringkasnya, cara memperkukuhkan sumpah ialah :
1.
Meletakkan mushaf dalam dakapan
orang yang mahu bersumpah;
2.
Disuruh orang yang mahu bersumpah
meletakkan tangannya di atas surah al-Taubah; dan
3.
Dibaca kepadanya ayat 77 surah Ali
Imran.
Secara Syar'i
1.
Bersumpah sambil mendakap
al-Quran', adalah dibolehkan (hukumnya sunat). Ini kerana, tindakan ini dapat
memperkukuhkan sumpah yang dilakukan. Oleh itu, bersumpah di hadapan
al-Quran juga dibolehkan. Ini kerana, ia juga dapat memperkukuhkan sumpah.
Memperkukuhkan sumpah dengan cara mendakap al-Quran (ketika bersumpah),
bukanlah satu cara yang mengikat, dengan makna tidak boleh dilakukan cara yang
lain. Buktinya, sesetengah ulama memperkukuhkan sumpah dengan menyuruh
seseorang yang mahu bersumpah, meletakkan tangan di atas surah al-Taubah,
seperti yang disebut dalam I'anah Tholibeen.
2.
Meletakkan tangan di atas surah
al-Taubah' ketika bersumpah, difatwakan sebagai harus. Oleh demikian, lebih
utama 'meletakkan tangan di atas keseluruhan al-Quran' ketika bersumpah,
dihukumkan harus.
3.
Berdasarkan kenyataan ulama-ulama
mazhab Syafie r.a, boleh disimpulkan bahawa perbuatan 'menjunjung al-Quran
ketika bersumpah', juga dibolehkan. Perbuatan ini sama dengan perbuatan
'mendakap al-Quran' atau 'meletakkan tangan di atas surah al-Taubah' ketika
bersumpah. Iaitu sama dari segi memperkukuhkan sumpah. Manakala cara
memperkukuhkan sumpah yang disebut dalam Raudhah al-Tolibeen dan I'anah
al-Tolibeen seperti di atas, bukanlah satu cara yang
mengikat. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh tindakan sesetengah
tabi'een. Dalam Musannaf Abdul Razak, direkodkan seperti berikut :
عَن مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ ، قَالَ :
كَانَ كَعْبُ بْنُ سُورٍ يُحَلِّفُ أَهْلَ الْكِتَابِ يَضَعُ عَلَى رَأْسِهِ
الإِنْجِيلَ، ثُمَّ يَأْتِي بِهِ إِلَى الْمَذْبَحِ فَيَحْلِفُ بِاللَّهِ.
Diriwayatkan dari Muhammad Ibn Sireen (Ibn
Sireen) [bahawa beliau] berkata, "[pernah] Ka'ab Ibn Suur [ketika] mengarahkan
Ahli Kitab bersumpah, [beliau] meletakkan [kitab] Injil di atas kepalanya (Ahli
Kitab), kemudian membawanya ke Mazbah (nama tempat), lalu dia (Ahli Kitab)
bersumpah dengan [nama] Allah"
.
Petikan ini merekodkan tindakan Ka'ab Ibn Suur meletakkan kitab Injil-kitab suci Ahli Kitab (Kristian)-di atas kepala Ahli Kitab tersebut ketika mengarahkannya bersumpah. Beliau melakukan sedemikian bagi memperkukuhkan sumpah. Jika sumpah Ahli Kitab boleh diperkukuhkan dengan cara meminta mereka menjunjung kitab suci mereka ketika bersumpah, maka sumpah penganut Islam juga boleh diperkukuhkan dengan cara meminta mereka menjunjung al-Quran ketika bersumpah.
Petikan ini merekodkan tindakan Ka'ab Ibn Suur meletakkan kitab Injil-kitab suci Ahli Kitab (Kristian)-di atas kepala Ahli Kitab tersebut ketika mengarahkannya bersumpah. Beliau melakukan sedemikian bagi memperkukuhkan sumpah. Jika sumpah Ahli Kitab boleh diperkukuhkan dengan cara meminta mereka menjunjung kitab suci mereka ketika bersumpah, maka sumpah penganut Islam juga boleh diperkukuhkan dengan cara meminta mereka menjunjung al-Quran ketika bersumpah.
Syaikh Utsaimin rahimahullah dalam salah satu
fatwa beliau menyebutkan, jika yang dimaksudkan adalah Al-Qur'an yang
diturunkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka
boleh. Sebabnya, karena Al-Qur'an merupakan kalamullah. Dan kalamullah adalah
salah satu dari sifat-sifat-Nya. Sedangkan seluruh sifat-sifat Allah boleh
digunakan bersumpah sebagaimana dibolehkan juga berlindung dengan
sifat-sifat-Nya seperti dalam doa isti'adzah ketika mampir ke sebuah tempat,
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna
dari kejahatan apa yang telah diciptakan-Nya." (HR. Muslim dari Haulah
binti Hakim)
Bersumpah dengan sifat-sifat Allah kedudukannya seperti bersumpah
dengan dzat-Nya. Seperti yang disebutkan dalam Shahih Muslim tentang perkataan
Neraka, "Cukup, cukup, wa 'izzatika (Demi
keagungan-Mua). Dan ini adalah bentuk sumpah dengan sifat. Dan di antara sifat
Allah adalah Al-Qur'an. Maka bersumpah Wal Qur'an (demi Al-Qur'an) adalah
diperbolehkan. (Disarikan dari perkataan Syaikh Mahir bin Dhafir al-Qahthani
hafidzahullah).
Sedangkan bersumpah dengan mushaf, tidak diperbolehkan.
Bersumpah dengannya termasuk syirik karena mushaf adalah kumpulan dari kertas
dan tinta. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Barangsiapa yang ingin bersumpah, maka hendaknya dia bersumpah dengan
nama Allah atau lebih biak diam." (HR. Al-Bukhari no. 3836)
Tidak boleh pula dia bersumpah dengan menyebut, "Wa Rabbil
Qur'an (Demi Tuhan/Penciptanya Al-Qur'an)," karena Al-Qur'an itu bukan
makhluk yang diciptakan. Bagaimana kalau mengucapkan, "Wa Rabbil
Mushaf"? Juga tidak diperbolehkan karena kalimat tersebut mengandung makna
yang berbilang, antara benar dan salah. Karenanya para ulama salaf mengingkari
ucapan, "lafadz bacaaanku dari Al-Qur'an adalah makhluk.
Pendapat yang lain tentang
Bersumpah Dengan Meletakkan Tangan di Atas Mushaf
Sesungguhnya bersumpah dengan mushaf Al-Qur'an untuk menguatkan
sumpahnya adalah tata cara sumpah yang tidak ditemukan dasarnya dari Sunnah
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan tidak disyariatkan. (Dinukil
dari Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Nuur 'ala al-Darb, hal. 43)
Dalam kitab al-Sunan wa al Mubtadi'aat fi al-'Ibaadaat,
Amru Abdul Mun'im Salim menyebutkan bahwa meletakkan tangan di atas mushaf
ketika bersumpah termasuk adat dan tradisi Nashrani dalam memberikan kesaksian,
pengadilan, dan persidangan. Mereka meletakkan tangan di atas Injil lalu
bersumpah akan berkata yang benar. Sementara kita diperintahkan agar
menyelisihi mereka, tidak boleh ikut-ikutan cara hidup mereka. Kita dilarang
menyerupai cara hidup mereka sebagaimana yang telah dijelaskan
sebelumnya.
Sementara keyakinan mereka bahwa orang yang bersumpah dengan
meletakkan tangan di atas mushaf tadi lalu ia berbohong, maka akan buta dan
lumpuh, hanya mitos semata. sebuah keyakinan tanpa dasar dan bukti yang muncul
dari kejahilan mereka yang sangat lucu.
Memang benar bahwa bersumpah palsu atau dusta adalah dosa besar
yang mengharuskan pelakunya bertaubat kepada Allah. Terlebih lagi kalau hal itu
dilakukan dengan menggunakan Al-Qur'an. Karenanya ada sebagian ahli ilmu
menyebutkan, "Ini adalah sumpah yang menenggelamkan, yakni menenggelamkan
pelakunya ke dalam dosa lalu menenggelamkan dirinya di dalam neraka."
(Lihat: Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Nuur 'ala al-Darb, hal.
43)
Kesimpulan
1.
Amalan bersumpah
di hadapan al-Quran, atau bersumpah sambil meletakkan tangan di atas al-Quran
atau menjunjungnya, adalah harus. Ini berdasarkan kenyataan-kenyataan para
ulama mazhab Syafie yang muktabar.
2.
Amalan ini tidak
boleh dianggap sebagai menyerupai amalan orang Kristian (yang meletakkan tangan
di atas kitab Injil ketika bersumpah). Bukan juga amalan bid'ah, atau amalan
yang boleh disifatkan sebagai 'tiada dalam Islam'.
Wallahu A'lamu Bisshawaab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar